PENGENALANPusat Pengajian Siswazah (PPS) sebelumnya dikenali sebagai Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan (PPLIP) Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ditubuhkan pada 1 Julai 2009. Penjenamaan semula pusat ini dengan nama sekarang bermula pada 1 Julai 2024.
VISIMenjadi Pusat Kesarjanaan dan Penyelidikan Pendidikan Ugama Ternama dan Unggul.MISIMemartabatkan Kesarjanaan Perguruan Ugama menerusi Pengurusan Pengajian Siswazah yang bersistematik dan berteknologi terkini.
OBJEKTIF - Mentadbir urus program-program Pengajian Siswazah; diploma-diploma Lepas Ijazah, Ijazah-Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang keguruan ugama yang memenuhi hasrat Ugama, Negara dan Bangsa secara efektif, komprehensif dan sejajar dengan piawaian antarabangsa;
- Membimbing pelajar Pengajian Siswazah yang berilmu, beriman dan beramal melalui pembelajaran dan penyelidikan yang dijalankan;
- Mewujudkan suasana pengajian siswazah yang kondusif bagi para tenaga pengajar dan pelajar Pengajian Siswazah;
- Menyediakan pangkalan data, rekod dan jaringan pengajian serta kajian pelajar dalam talian yang sistematik, komprehensif dan mudah diperolehi bagi keperluan perkembangan dan pemanfaatan ilmu;
- Mengantarabangsakan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan melalui jaringan kerjasama Pengajian Siswazah dengan negara-negara luar.
FUNGSI UTAMA
- Menghasilkan program-program Pengajian Siswazah dalam bidang-bidang Perguruan Ugama yang memenuhi hasrat Ugama, Negara dan Bangsa dengan kerjasama fakulti dan pusat;
- Melaksana, Menyelaras, Memantau program-program Pengajian Siswazah dan perlaksanaannya menurut peraturan, misi dan visi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan;
- Mentadbir urus dan merekod aktiviti-aktiviti program Pengajian Siswazah dan Penyelidikan secara sistematik dan komprehensif;
- Menyedia dan menilai serta menambah baik dokumen-dokumen yang berkaitan dengan (i)peraturan, (ii) polisi, (iii) garis pandu dan (iv) pengurusan progam Pengajian Siswazah dari masa ke semasa;
- Mewujudkan infrastruktur yang berkesan dan kondusif bagi mengembangmajukan kemudahan perlaksanaan program Pengajian Siswazah;
- Merancang dan melaksanakankursus, latihan, bengkel, seminar, pameran, persidangan dan aktiviti-aktiviti seumpamanya yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pengembangan programPengajian Siswazah
- Menyediakan jaringan kerjasama di peringkat kebangsaan, serrantau dan antarabangsa bagi mengembangmajukan program Pengajian Siswazah;
- Mengawal dan memantau kualiti (i) penulisan tesis, dan (ii) kajian penyelidikan, serta (iii) tauliah pengijazahan secara terancang;
- Melaksanakan dan menjayakan dengan penuh iltizam akan misi dan visi program Pengajian Siswazah yang sejajar dengan kehendak Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Dr. Norasimah binti Haji Omar
Pengarah / Penolong Profesor E-mel : norasimah.omar@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Aqilah binti Haji Awang Bakar Penolong Pendaftar / Guru Ugama Terlatih E-mel : aqilah.bakar@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
PERKERANIAN Nuraniqah Nazirah binti Azhar Sukarelawan E-mel : nuraniqah.azhar@kupusb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Ahmad Wajdi bin Haji Ibrahim Sukarelawan E-mel : wajdi.ibrahim@kupusb.edu.bn No. Tel : 2 236277
E-mel : pps.kupusb@kupu-sb.edu.bn
|